Friday, May 22, 2009

Ahli Sembang2 atau Forum? Sila baca perbezaan dengan Tanya @Melayu.com

Apakah anda ahli Sembang2 atau Forum?

Sila baca ini bagi memahami perbezaan dengan Tanya @Melayu.com.

1. Tanya @Melayu.com adalah
aplikasi soal dan jawab. Oleh itu soalan yang dimasukkan mestilah berbentuk soalan.

2.
Apakah itu soalan? Soalan ialah pertanyaan yang perlu dijawab. Kebiasaannya soalan ada tanda soal. Berbeza pula dengan ayat penyata, yang tidak perlu dijawab atau tidak boleh dijawab. Hanya masukkan soalan sahaja.

3.
Apakah perlu dibuat sekiranya bukan soalan dimasukkan? Ahli biasa boleh mengundi turun 'soalan' tersebut. Ini akan menyebabkan dan menggalakkan ahli lain memasukkan soalan sahaja. Pengedali pula boleh 'kemaskini' soalan supaya lebih jelas; atau boleh mengunci soalan tersebut; atau hapuskan terus yang tidak sesuai. Walaubagaimanapun, pentadbir perlu mengamalkan sikap budi bicara memandangkan ahli baru perlu menyesuaikan diri dengan Tanya.

4.
Soalan juga mestilah berkualiti. Contohnya perkataan 'haha.. hehe... ', smiley atau apa2 yang berbentuk bersembang mestilah dielakkan. Ayat yang tidak bermakna perlu dikeluarkan.

5. Tanyalah soalan yang jelas dan bersikap ingin tahu. Perlu diingatkan supaya tujuan utama Tanya ialah penggunaan semula soalan dan jawapan pada masa akan datang.

6. Contoh soalan bagus:
  • Bagaimana meningkatkan fokus semasa belajar?
    Saya selalu letih ketika belajar dan selalu tidur. Adakah ubat / teknik yang boleh saya gunakan?
  • Saya ada RM1,000. Bagaimana untuk gandakannya dalam masa 1 tahun?
  • Apakah yang membuatkan anda marah semasa memandu?
7. Contoh soalan tidak bagus:
  • Apa kabar?
  • Apsal saya penat ni?
  • Bagaimana nak kaya?
Selamat mencuba!

selemann

0 comments:

Post a Comment