2. Aplikasi Tanya @Melayu.com adalah aplikasi pertama yang dibangunkan di Melayu.com berlandaskan konsep Pengurusan Ilmu atau 'Knowledge Management'.
3. Aplikasi ini adalah penting sebagai satu usaha bagi menjana, mengumpul dan menyebarkan ilmu pengetahuan anak bangsa dengan menggunakan Teknologi Maklumat. Setiap daripada kita tahu sesuatu yang boleh dikongsi bersama. Sekiranya semua orang berkongsi ilmu pengetahuan di sini, sudah tentunya ada individu / golongan tertentu yang akan mendapat manfaat.
4. Tidak dinafikan inisiatif Knowledge Management telah banyak dilaksanakan oleh organisasi; serta pelaksanaan dan penerimaannya agak sukar dan penuh cabaran. Namun, Tanya @Melayu.com berusaha mengetengahkan idea dan budaya perkongsian ilmu sesama kita.
5. Tiga komponen utama Knowledge Management ialah Knowledge Creation, Knowledge Organization dan Knowledge Application. Tanya @Melayu.com cuba mengaplikasikan ketiga-tiga komponen ini bagi mencapai misinya iaitu sebagai pusat perkongsian ilmu terulung.
6. Knowledge Creation atau Penciptaan Ilmu dilaksanakan menerusi fungsi tanya soalan dan jawab soalan. Termasuk di dalam Knowledge Creation ialah Knowledge Discovery, yang dilaksanakan menerusi fungsi carian, soalan berkaitan dan recommendation.
7. Knowledge Organization atau Pengurusan Ilmu meliputi kaedah bagaimana menguruskan maklumat yang banyak. Kaedah yang digunakan ialah menerusi 'saluran' dan tags. Oleh itu mudah untuk mencari soalan yang berkaitan. Satu lagi aspek yang penting ialah mengenalpasti ilmu yang berkualiti, yang dilaksanakan menerusi pengundian. Pengundian dibuat oleh semua ahli serta dibuat secara transparent dan adil.
8. Knowledge Application atau Penggunaan Ilmu adalah merujuk kepada bila / bagaimana ilmu diguna pakai. Penggunaan ilmu bergantung kepada situasi dan tahap pengetahuan seseorang individu tersebut. Pelaksanaannya di sini adalah lebih kepada inisiatif masing-masing.
9. Antara sebab utama mendorong aplikasi ini dibangunkan ialah kerana terlalu banyak warga emas / pencen yang boleh memberi sumbangan ilmu / pengalaman. Namun kerana sudah tidak bekerja / no longer in action, kebanyakkan mereka perlu tempat menyumbang ilmu. Diharapkan golongan tersebut dapat terlibat dengan lebih langsung dan aktif.
10. Dan sebab paling utama ialah kerana Islam menyuruh kita menimba ilmu sehingga ke akhir hayat. Pun begitu terlalu ramai diantara kita yang berhenti belajar / mengekang skop pembelajaran kepada ilmu agama. Mungkin kesibukan harian / tiada tempat / tiada medium bersesuaian untuk berkongsi ilmu. Sekarang dengan adanya Tanya, maka peluang dan kemudahan sudah tersedia.
Sekiranya kita ingin maju, terus-meneruslah menimba dan berkongsi ilmu. Jika tidak, pasti kita akan ketinggalan dan ditindas.
selemann
0 comments:
Post a Comment