Assalamualaikum & Salam Sejahtera
1. Bagi meningkatkan kualiti dan pengalaman menggunakan Sembang2, naik taraf perlu dibuat, hasil daripada undian yang telah dibuat. Pada 23 Mei 2009, Sembang2 telah dinaik taraf softwarenya daripada phpBB version 2.0 kepada phpBB 3.0.4.
2. Naik taraf ini dibuat dengan agak tidak dirancang kerana saya menjangkakan untuk membuat pengujian sepenuhnya terlebih dahulu dengan versi phpBB 3.0.4. Namun proses naik taraf ini melibatkan 'data conversion' memandangkan struktur database yang berlainan. Proses data conversion ini pula mengambil masa 8 jam serta ada beberapa 'hack' yang perlu dibuat supaya ianya berjalan. Oleh itu, saya mengambil keputusan terus menukar sembang2 kepada versi 3.0.4 tanpa tempoh percubaan.
3. Perubahan ini juga menyebabkan semua topik, mesej, user registration, user configuration yang dibuat diantara jam 2:00PM pada 22 Mei 2009 (jumaat) sehigga jam 3:00PM pada 23 Mei (sabtu) hilang. Walaubagaimanapun, saya dapati jumlahnya amat sedikit (10 msg).
4. Harap semua ahli dapat mencuba dan laporkan sebarang masalah, jika ada.
http://melayu.com/perkampungan
sekian, terima kasih
selemann
selemann is not salesman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment